Sunday 9 June 2013

POWERBANK



Asslamualaikum wbt. Harini ini aku nak bercerita sikit tentang powerbank. Hihi. almaklomlah, sebab sejak dua menjak aku buat bisnes tolong sepupu aku menjual powerbank. Alahai. saje je  sebab bosan gila woii duduk ghumah. Saja meniaga dengan niat nak menghilangkan bosan. Untung pon bukan banyak!! Haa okay.
Apa itu powerbank? Hmm powerbank tu adalah satu alat yg kita boleh guna untuk mengecas gadget kita seperti handphone, laptop, mp3 dan kamera, Kan kadang kadang kita pergi travel duduk dalam kereta atau keretapi atau kapal terbang mana nak dapat plug kan kalau kita nak cas smartphone kita yg batteri dia macam haramm. Sekejap je bateri dah lemah. So masa nilah gunanya powerbank. Boleh cas terus je dekat handphone kita. Tak payah nak suis bagai. Senangkan. Tapi sebelum anda nak guna powerbank tu anda kena mengecas powerbank itu sendiri. Lepas anda sudah mengecas powerbank tu, barulah anda boleh guna untuk mengecas smartphone anda seberapa banyak kali mengikut kapasiti powerbank tersebut. Teknologi sekarang mcm mcm kan? Haaa kalau cakap pasal powerbank orang mesti tanya berapa dia punya power atau kapasiti dia. Okayyy. Lepastu org mesti tanya berapa "mAH" . MAH ni  MILIAMPERE PER HOUR. so benda penting kita kena tahu pasal powerbank yg kita nak beli. Aku bagi contoh. Powerbank yg korang nak beli ni 6000 memiliki kapasiti sebanyak 6000 mAH. Lepastu bateri handphone korang memiliki kapasiti sebanyak 1000 mAH. So korang boleh guna powerbank ni untuk mengecas handphone korang sebanyak 6 kali fullcharge. Tapi tak semua handhone yg memiliki kapasiti dia sebanyak 1000 mAH tau. Biasanya handphone samsung seperti SII atau SIII kapasiti dia kadang kadang mencecah 1600 - 2000 mAH. So korang kalau pakai handphone yg besar besar ni sepatutnya belilah POWERBANK yg memiliki 8000 mAH keatas dia punya kapasiti. Barulah korang boleh guna untuk mengecas smartphone korang 3 kali dan keatas. So paham tak?

Saturday 1 June 2013

Apabila Jun Menjelma

 Bila Jun dah menjelma maknanya dah sebulan aku bercuti dan menghabiskan masa dirumah serta maknanya dah sebulan jugak PSPM 2 tamat.Kalau siapa student matrikulasi, mereka akan fahamlah macamana Jun ni sangat bermakna. YA!! sangat bermakna.Mana taknya pada bulan Jun ni lah kami akan mengetahui sama ada segala penat lelah kami di matriks sana memberikan hasil yg menggembirakan atau sebaliknya. Haaa aku cuma nak cakap, entah kenapa aku rasa sangat takut sampaikan bila ibu tanya bila result keluar aku cuma cakap "TAK TAHU LAGI" . Hahaha bukan niat nak membohong pon cuma nanti biarlah bila result dah sampai biar aku seorang yg tengok dulu result tuu. Baru aku bagi mereka tengok slip keputusan tu. Walau ape jua sekalipun, keputusan tu baik atau sebaliknya, kita perlu terima dengan tangan yg terbuka. Itu yg terbaik. Sedarlah diri ,bahawa segala perancangan Allah itu yg terbaik bukan? Jadi kita sebagai hamba perlu bersyukur atas segala pemberianNYA.  Baiklah kalau nak cakap berapa target aku? Aku taknak cakap perkara yg buruk buruk. Nauzubillah. Moga dijauhkan. tapi masa jawab tu, memang macam macamlah. Peratus senang tu memang sikit gila. Yang banyak cuma SUSAHLAH, SUSAH GILA, SUSAH GILA NAK MAMPOS,APEBENDA SOALAN NI MENGARUT. YA Rabbbb memang macam tulah situasi dia. Mujur bukan aku sorang yg rasa semua tu. Ramai jugaklah yg buat muka macam "aku tak tauu buat ape ape" lepas habis paper. KIHKIH. memang lah. Okay takpe rakan rakan, Belajar dah, Usaha dah, DOA pun dah, tapii cukup ke tak kita berdoa tu, hanya diri kita sendiri dan Allah sahaja yg mengetahui. yang penting TAWAKKAL!! Innallahama'ana. Perkataan nilah yg selalu budak kelas aku ucapkan kat aku bila aku rasa gundah. Thanks Taqi. 

Saturday 2 February 2013

5 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Assalamualaikum. Tangkap mood tangkap mood. HEHE. okey gurau. Harini aku saja je nak postkan assignment yg telah berjaya aku lakukan seorang diri . Kali ni aku akan postkan assignment agama yg ustazah telah tugaskan dekat budak kelas aku buat. Benda ni carry mark tau. So aku buat  dengan penuh rasa tanggungjawab. Seriously best gila buat assignment ni. Sumpah tak tipu tau :)









THE AWESOME PRACTICUM-mates :B

Oh ya. pagi yang sangat indah dirumah . HAHA. Alang alang duduk rumah ni kan aku puaskan lah nafsu aku nak menulis dalam blog ni kan. Saja nak luahkan perasaan. Blog aku ni pon bukannya ada orang jengah pon. Paling koman pon kalau diorang jengah, Diorang tak tinggalkan apa apa comment. Tapi do i care? Hanya nak isi masa lapang je pon. lagi pon masa akan datang kalau aku rasa rindu dekat life lama lama aku. Aku boleh lah menjengah dekat sini. Kan baby blog? HEE mmuuaahh :-* 



UKHUWAH FILLAH :)

Di sini kita pernah bertemu 
Mencari warna seindah pelangi 
Ketika kau menghulurkan tanganmu 
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah 
Dendangan lagu tanda ikatanku 
Kepadamu teman 
Agar ikatan ukhuwah kan 
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu 
Takkan ku lupa 
Walau badai datang melanda 
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan 
Dan akhirnya kita dipisahkan 
Munkinkah menguji kesetiaan 

Kejujuran dan kemanisan iman 
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa 
Tuhan ada janjinya 
Bertemu berpisah kita 
Ada rahmat dan kasihnya 
Andai ini ujian 
Terangilah kamar kesabaran 
Pergilah derita hadirlah cahaya .

:: lagu ni khas untuk sahabat sahabat yg paling aku sayang. 
  FARAH SHARIZAH, NAJIHAH MAZLAN, AINUL BASYIRAH, FITRIYAH ALIAH,      NURUL ASIKIN (The Kepamians)

Friday 1 February 2013

ASSALAMUALAIKUM MY NEW LIFE :)

*letup letup jari* 
*tiup tiup habuk*
*buang buang sawang labah labah*
*tanya khabar " hai blog sayang kau sihat?"*
*lama tak tanya khabar kau kan baby*
*lepas ni takkan lupa kau lagi*
*kita promise okay sayang**
*lap air mata*

Monday 19 March 2012




   YA (!)  inilah kami SPM CANDIDATE 2011. ape lah nasib kami esok ??  tuhan jer yg tahu..


  pejam celik pejam celik..esok rupenye result klua.. haaih ==' cepat tol mase berlalu. tensyen betol la.  harap2 ape ygb kitorang da usaha membuahkan hasil la. tolong la. plis! aku merayu para penande paper kitorang. jgn la strict sgn. lek lek suda la eh..(Y) p nak ckp byk pon x bole. result da tertulis da kat slip keputusan tu .haha! 9A? 8A? 7A? da n sebagainya.. hanya YANG MAHA ESA yg menentukan. kite hanya boleh berdia, tawakkal, dan terima apa je yg kita dapat. Dia mesti ada perancangan yg terbaik untuk kita kan.. kita sama2 berdoa la.haa. tak saba pon ade.nk jumpe ngn kengkawan semula. cekgu2.. haaish! rindu gila sukses tu. kitaa berjumpa esok lah eek?


                                     WASALAM..