Saturday 2 February 2013

5 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Assalamualaikum. Tangkap mood tangkap mood. HEHE. okey gurau. Harini aku saja je nak postkan assignment yg telah berjaya aku lakukan seorang diri . Kali ni aku akan postkan assignment agama yg ustazah telah tugaskan dekat budak kelas aku buat. Benda ni carry mark tau. So aku buat  dengan penuh rasa tanggungjawab. Seriously best gila buat assignment ni. Sumpah tak tipu tau :)













SILA BACA DAN HAYATI YE :)  
                                  
                        LIMA SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati” (Riwayat Imam al-Bukhari).

Dari hadis ini kita dapat faham bahawa perjalanan diri manusia bergantung kepada hatinya. Jika hatinya bersih, elok dan soleh, maka segala tindakan dan perlakuan yang lahir dari anggota-anggota jasadnya akan turut bersih, elok dan soleh, tangan akan hanya mengambil yang bersih dan elok, mata akan melihat kepada yang elok-elok, telinga juga akan mendengar hanya bunyi yang elok, kaki akan pergi ke tempat-tempat yang elok dan begitu lah seterusnya. Namun jika hati kotor, jahat dan fasiq, maka anggota-angota badan juga akan turut menjadi sepertinya.

Kerana itu, amat penting kita mempelajari tentang hati, memberi perhatian kepadanya dan memantau keadaan hati kita dari masa ke semasa. Perubahan dalam hidup kita bermula dari hati. Hati yang perlu diislahkan terlebih dahulu sebelum kita mengislahkan jasad kerana jasad hanya akan mengekori hati kita. Perubahan yang bermula dari zahir tanpa bermula dari batin (yakni hati), perubahan itu tidak akan kekal lama. Namun jika bermula dari hati, Insya Allah ia akan ia akan kekal buat selamanya selagi hati tidak berubah.Pepatah Melayu juga pernah berkata, rambut sama hitam, hati lain lain. Pepatah ini turutkan menerangkan pada  kita bahawa manusia itu sendiri memiliki pelbagai jenis dan karenahnya. Maka jelaslah bahawa setiap manusia itu  boleh perlu bijak dan berhati hati dalam menjaga hati masing masing kerana daripada dari hatilah wujudnya  rasa kasih dan benci. Rasa kasih akan membawa kepada kebaikan dan keharmonian.Manakala rasa benci akan menyebabkan manusia berdendam dan rasa tidak dengki akan kesenangan orang lain seterusnya membawa kepada peperangan yang mana peperangan akan menjurus kepada kehancuran.Sebagai contoh ialah penaklukan secara haram oleh tentera Israel terhadap Negara Palestin. Antara sebab penaklukan ini berlaku ialah kerana bangsa Yahudi tersebut ingin merebut hasil galian yang terdapat di negara Palestin.Wallahualam.

“JAGALAH HATI JANGAN KAU KOTORI”
“JAGALAH HATI LENTERA HIDUP INI”
“JAGALAH HATI JANGAN KAU NODAI”
“JAGALAH HATI CAHAYA ILLAHI “

Petikan ini diambil daripada lagu yang bertajuk “Jagalah Hati” yang pernah dinyanyikan oleh kumpulan nansyid “Snada”sekitar tahun 2004. Jika dihayati lirik lagu ini kita akan dapati bahawa menjaga hati kita sendiri merupakan satu perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan.

Allah mencipta manusia dengan satu tujuan yang mana para malaikat dan para rasul sendiri tidak mengetahui apa sebenarnya puncanya. Hanya Allah yang tahu rahsia mengapa ala mini dicipta dan kita sebagai manusia harus bijak menerokai rahsia dan khazanah yang telah Allah kurniakan kepada manusia agar kita dapat memanfaatkannya dalam kehidupan sehari hari. Khalifah dalam pengertian yang luas ialah pemakmur alam kehidupan untuk dijadikan sebagai semaian pahala yang menjadi bekalan manusia di akhirat nanti. Oleh sebab tanggugjawab tersebut sangat meluas maka keperluan ilmu menjadi kemestian pada setiap individu. Allah s.w.t tidak pernah membezakan darjat hamba hambanya ( manusia) melalui rupa paras atau harta kekayaan yang dimiliki oleh hambanya.Namun Allah membezakan hamba-Nya dari sudut ketaqwaan dan keimanan yang dimiliki oleh manusia itu sendiri. Jadi kita sebagai hambanya yang hina lagi kerdil haruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik dimata Allah dengan sentiasa melakukan Amal Makruf Nahi Mungkar iaitu melakukan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya dan yang paling penting sekali adalah kita perlu berhati hati dalam menjaga hati.
Hati yang kotor tanpa dijaga akan menudaratkan diri individu itu sendiri. Hati yang kotor akan menyebabkan individu akan merasa tidak tenang dan tidak bahagia serta sentiasa akan berada dalam keadaan yang tidak tenang.
ANTARA PUNCA HATI TIDAK BAHAGIA :

1. Perasaan hasad dengki yang membuku dalam hati .
Dengki bermaksud perasaan benci dan tidak suka apabila melihat orang lain memperoleh kesenangan. Perasaan ini wujud oleh kerana mereka tidak dapat apa yang diingininya serta mereka tidak berpuas hati terhadap orang yang memiliki apa sahaja yang dikehendakinya. Individu yang memiliki perasaan seperti ini akan merasa pedih dalam hati mereka apabila melihat orang disekeliling mendapat apa yang dihajati. Perasaan ini akan menjadi lebih parah apabila musuh atau orang yang mereka tidak sukai itu mendapat kesenangan bercanggahan pula dengan diri mereka yang setiasa menerima musibah dan ujian daripada Allah s.w.t.  Mereka juga akan berasa sangat gembira apabila orang yang dimusuhi itu menerima ujian dan kesusahan. Hari ini kita dapat lihat pelbagai masalah jenayah yang majoritinya berpunca daripada perasaan hasad dengki yang membuku didalam hati. Sebagai contoh yang terdekat ialah kes pembunuhan seorang wanita bekerjaya, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 bersama 3 lagi individu lain yang bersamanya pada waktu kejadian iaitu pada bulan September 2010. Kejadian itu dipercayai disebabkan oleh sikap hasad dengki dan tamak. Mangsa merupakan seorang pengasas alat kosmetik yang berjaya dimana dikatakan memiliki asset yang bernilai berbillion ringgit. Mangsa manjadi buruan kerana harta kekayaan yang dimilikinya . Jadi sebagai intisarinya kita boleh dapati bahawa sikap hasad dengki ini boleh membawa kemudaratan kepada diri kita sendiri dan juga orang disekelilling kita.  

Negara kita pernah digegarkan dengan peristiwa pembunuhan secara kejam terhadap kanak kanak perempuan yang baru berusia 5 tahun. Kanak kanak perempuan tersebut bernama Nurin Jazlin. Beliau telah dibunuh dengan cara yuang teramat kejam sehinggakan kita tidak sampai hati untuk mengenangkan bagaimana saat saat genting beliau disiksa dengan cara tidak berperikemanusiaan. Dalam usia yang masih muda beliau telah menjadi mangsa rogol dan ada aura ura mengatakan beliau dijadikan sebagai medium untuk membalas dendam terhadap perlakuan jahat yang dilakukan oleh bapanya sendiri. Lihatlah betapa penjagaan hati itu sangat dituntut dalam kehidupan seharian.Wallahualam.

Sebagai langkah berjaga jaga kita sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini haruslah sentiasa berwaspada dalam menjalankan tugas tugas seharian dengan sentiasa memikirkan bahawasanya Allah memandang segala apa yang kita lakukan. Allah itu maha berkuasa. Maha mendengar , maha melihat dan maha mengetahui segala apa yang kita kerjakan. Dan kita wajib berpegang kepada al-Quran dan hadith agar kita tidak salah memilih jalan atau sesat dalam menuju dunia Allah di akhirat kelak. 

Rasulullah pernah bersabda :

"Hindarilah dengki kerana dengki itu memakan (menghancurkan) kebaikan sebagaimana api memakan (menghancurkan) kayu bakar." (HR Abu Daud). 
Hadis diatas menjelaskan bahawasanya persaan hasad dengki yang berumah dalam hati kita boleh menjejaskan amalan kita yg pernah kita lakukan . Allah berkuasa untuk memadam semula segala amalan kebaikan yang telah kita lakukan dan menambah bilangan dosa dalam buku amalan kita sekiranya sentiasa membiarkan diri kita dalam jurang hasad dengki. Jesteru perasaan hasad dengki boleh menyebabkan Allah murka dengan kita dan demikianlah segala amalan baik yang kita lakukan akan menyebabkan kita rasa tidak membawa apa apa kebaikan kepada kita malah menjadikan hati kita gundah gulana dan sedih.

2.PERASAAN BIMBANG DAN TAKUT CITA CITA TIDAK KESAMPAIAN

Perasaan seperti ini merupakan perkara biasa yang selalu dialami oleh setiap manusia di muka bumi Allah ini terutamanya para pelajar. Manusia sentiasa ingin menjadi yang terbaik diantara yang terbaik. Sebagaimana yang kita tahu sikap manusia itu sendiri adalah sentiasa ingin bersaing agar mendapat segala apa yang diidamkan. Manusia itu juga memiliki cita cita sendiri dan sehinggakan ada sesetengahnya akan melakukan apa sahaja demi mencapai apa yang ingin dicapai. Terdapat juga sesetengah individu yang sanggup menggadai maruah mereka sendiri dan tidak memikirkan apa perkara buruk yang bakal ditimpa oleh mereka demi menunaikan hasrat yang terbenam dalam lubuk hati dan sanubari mereka. 
Bagi ibubapa yang memiliki anak yang akan mengadapi peperiksaan terbesar seperti UPSR.PMR dan SPM , adakalanya mereka sanggup bergolok dan bergadai wang dengan meghantar anak mereka ke kelas tusyen yang  terkemuka dengan meletakkan dan menetapkan harapan sepenuhnya kepada guru tusyen mereka sendiri. Sedangkan kita perlu tahu kejayaan, kebahagiaan hidup dan masa depan kita hanya terletak ditangan Allah s.w.t , Tuhan pencipta alam.
Kita sepatutnya sebagai hamba Allah yang lemah haruslah meminta pertolongan kepada Allah dengan sentiasa berdoa kepadanya dan memohon agar hajat kita tercapai. Namun kita perlu ingat bahawa Allah menilai usaha seseorang tanpa melihat hasil kejayaan seseorang itu. Oleh itu kita perlu ingat, bahawa usaha itu adalah sangat perlu dan setiap manusia perlu berusaha sedaya upaya untuk mencapai sesuatu kejayaan dan akhirnya setelah kita berusaha barulah kita bertawakkal kepada Allah dengan mengucapkan doa serta melakukan solat hajat serta kita perlu yakin atas urusan yang telah disusun oleh Allah s.w.t sejak kita berada Luh Mahfuz lagi. Lihatlah betapa besar kuasa Allah dan  betapa Allah itu maha hebat. 

Selain itu ada juga sesetengah individu yang sehinggakan tidak khusyuk solatnya kerana terlalu memikirkan prestasi dan kejayaan yang ingin dicipta dan menyebabkan hati kita tidak bahagia. Maka kita sebagai manusia biasa tidak perlu meletakkan harapan setinggi setingginya kerana ia akan memudaratkan diri kita sendiri. Ingatlah bahawa Allah itu ada. Allah yang mengetahui segala apa yang dilangit dan dibumi. Maha suci Engkau ya Allah.


3. Suka mencari kesalahan orang lain dan sikap marah terbenam di dalam hati.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi Muhammad SAW : “berilah wasiat kepadaku . Maka Nabi Muhammad bersabda “JANGAN MARAH”

Tindakan rasululullah itu dikatakan atas sebab Nabi Muhammad mengetahui bahawa lelaki itu merupakan seorang yang suka menunjukkan sikap marah sehinggakan Nabi Muhammad menujukan nasihat seperti itu khusus untuknya, Nabi Muhammad sangat memuji orang yang dapat mengendalikan hawa nafsunya ketika marah. Sabda baginda yang bermaksud “bukanlah dikatakan orang kuat kerana dapat menumbangkan lawannya,tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya ketika marah.”
Rasululullah pernah bersabda mafhumnya “sesiapa yang menahan marahnya padahal dia boleh melepaskannya, kelak Allah akan memanggilnya pada hari kiamat dihadapan segala makhluk, sehingga dia diberi hak untuk memilih bidadari yang disukainya.” Banyak hadis yang boleh kita dapati berkenaan marah ini. Hal ini demikian kerana sifat marah dalam diri manusia itu adalah subjektif. Hanya individu itu sendiri perlu pandai melunaskannya dalam keadaan yang sangat efektif. Dalam Islam atau dalam agama apa jua sekalipun, sikap marah itu perlu dihindar kerana perasaan marah akan membawa kepada kemudaratan serta akan menyebabkan hati tidak bahagia. Jika dikaji,para Saintis juga ada mengatakan bahawa marah akan menyebabkan manusia itu pendek umur kerana tekanan yang diberikan kepada saraf otak dan jantung. Cara untuk tidak marah adalah dengan sentiasa berzikir kepada Allah dan senyum. Hal ini kerana senyum merupakan terapi yang terbaik dalam badan manusia dan ia merupakan terapi yang tidak memerlukan apa apa modal. Malah berkesan! 
Manusia tidak pernah dihalang untuk mengekspreskan perasaan marah mereka namun perlu kena pada tempat dan masanya. Serta kita perlu tahu bahawa dalam Islam , marah yang terpuji ialah marah kerana mencari keredaan Allah SWT, membela agama Allah serta marah kerana ingin membela kehormatan seseorang Muslim yang dihina atau direndah rendahkan. Perasaan marah haruslah sedaya upaya dicegah kerana ia termasuk dalam perkara yang menyebabkan hati tidak bahagia.


4. MAKANAN MAKANAN YANG HARAM  MEYEBABKAN HATI TIDAK BAHAGIA

Halal berasal dari bahasa Arab yaitu halla yang bererti lepas atau tidak terikat. Dalam kamus fiqih, kata halal difahami sebagai segala sesuatu yang boleh dikerjakan atau dimakan. Istilah ini, umumnya berhubungan dengan masalah makanan dan minuman.

Lawan dari kata halal adalah haram. Haram berasal dari bahasa Arab yang bermakna, suatu perkara yang dilarang oleh syara’ (agama). Mengerjakan perbuatan yang haram bererti berdosa dan mendapat pahala bila ditinggalkan. Misalnya, memakan bangkai binatang, darah, minum arak dan memakan barang yang bukan miliknya atau hasil mencuri.
Agama Islam amat menitikberatkan soal halal dan haram. Perkara ini tidak boleh diambil ringan oleh kita . Isu halal haram juga sering menjadi pertelingkaha antara manusia pada zaman ini. Hal ini demikian kerana pada zaman ini ditakuti status halal itu tidak sah sehinggakan ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab sesuka hati meletakkan staus hala pada sesuatu makanan atau produk itu tanpa mendapatkan sijil yang sah. Mengambil sesuatu yang halal adalah wajib disisi Allah.Allah hnya menghalalkan perkara yang baik sahaja manakal yang tidak halal itu adalah  daripada sumber yang tidak baik. Setiap apa yang dihalalkan oleh Allah itu adalah perkara yang membawa kebaikan, berkhasiat dan sihat untuk tubuh badan manusia. Manakala segala apa yang diharamkan oleh Allah ialah segala perkara yang memudaratkan untuk manusia. Percayalah Allah maha mengetahui segala apa yang dirancang dan percayalah bahawa Allah menyeru kita mengambil makanan yang halal terlebih dahulu sebelum membuat amal kebaikan.
Bagaimana makanan yang haram itu boleh menyebabkan hati tidak bahagia?
Hal ini kerana segala apa yang kita makan , segala apa yang kita minum akan menjadi sebahagian kepada darah daging kita. Oleh yang demikian hanya makanan yang halal boleh dimakan . Sekiranya di dalam tubuh kita ini mengandungi sumber makanan yang tidak halal dan kita berjalan di atas bumi Allah ini , maka akan menjeritlah tanah dan rumput yang kita lalui itu. Kita juga akan hidup dalam keadaan yang tidak tenang kerana Allah juga tidak mahu menurunkan rezeki kepada manusia yang mengambil makanan yang tidak halal. Sebagai contohnya kita selalu mengamalkan rasuah. Maka rezeki yang kita ambil itu tidak halal. Kemudian kita salurkan pula duit yang haram itu kepada anak anak kita. Maka sumber yang tidak halal itu juga akan mengalir kepada tubuh anak kita. Maka murka Allah semakin besar sehinggakan segala ibadah yang kita lakukan tidak mahu Allah terima lagi. Sudahnya, bagaimana pula amalan yang akan kita bawa ke akhirat kelak? Segalanya akan terpadam. Segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita jua akan ditarik semula. Nauzubillah.
Jester itu titikberatkanlah segala apa yang anda ambil kerana ia memberikan impak yang besar kepada kita kelak. Cuma baik atau burul kita yang tentukan. Wallahualam.

5. SIKAP TAMAK MENYEBABKAN HATI TIDAK BAHAGIA

Bagaimana sikap tamak boleh mendorong kepada hati tidak bahagia?
Selalu kita dengar pepatah Melayu ada mengatakan “orang tamak selau rugi” kata kata ini walaupun singkat namun memberi makna yang sangat besar kepada kita. Tamak ini dalam erti kata mudahnya ialah sikap yang tidak kenal erti cukup atau sentiasa mahukan lebih. Mereka juga dikatakan sebagai seorang tidak kenal erti berterima kasih kepada Allah malahan. Kita seharusnya sebagai hamba Allah haruslah sentiasa mensyukuri nikmat yang diberi oleh-Nya. Kita adakalanya perlu lihat dan meletakkan diri kita sebagai orang miskin yang hidup mereka umpama ‘Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” barulah kita tahu apa erti tidak cukup yang sebenar. Kita sebagai manusia adakalanya tidak tahu apa maksud keperluan dan kemahuan. Kita hanya tahu merengek dan mengeluh apabila permintaan hati tidak ditunaikan. Adakalanya kita juga selalu merasa cemburu atas kelebihan yang Allah beri kepada orang lain dan sehinggakan mengatan bahawa Allah itu tidak adil. Percayalah bahawa Allah itu merupakan maha adil dan maha hebat. Setiap apa yang diberikan kepada kita ada hikmag dan sebab musababnya. Tugas kita hanyalah berdoa agar mendapat keredhaanya. 
Sikap tamak ini lebih baik jika dikaitkan dengan sikap penyakit hati. Jika hati kita kotor maka kotorlah akhlak kita, kotorlah buku amalan kita yang akan kita bawa sebagai pembela kita diakhirat kelak. Oleh hal yang demikian sucikanlah hati kita daripada sikap tamak agar kita juga memperoleh kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Cara adalah dengan sentiasa mensyukuri segala kurniaan Allah. Kita juga perlu percaya bahawasanya segala apa yang kita mahukan tetapi memudaratkan kepada kita, manakala adakalanya apa yang kita benci itu membawa kebaikan kepada kita. Cuma kita tidak tahu bila dan bagaimana ia berlaku. Antara contoh berkenaan tamak menyebabkan hati tidak bahagia ialah peristiwa Qarun ketika zaman nabi suatu masa dahulu. Qarun merupakan seorang yang kaya raya yang tidak pernah rasa bersyukur dengan harta yang dimilikinya. Beliau pernah menghalau beberapa orang fakir miskin yang dating ke rumahnya kerana ingin meminta sedekah. Lalu Allah SWT menurunkan bala kepadanya. 
Konkusinya, jagalah hati kita sebaik mungkin dan sentiasalah menjaga urusan kita dengan Allah SWT kerana kelak Allah akan memudahkan segala urusan kita. InsyaAllah .


                                   

P/S : AKU BUAT BENDA NI ATAS NIAT NAK MEMBANTU JE TAU. MANA TAHU ADA KAWAN KAWAN YG NAK CARIK ARTIKEL PASAL TAJUK NI. MAYBE AKU BOLEH MEMBANTU. INSYAALLAH..





No comments:

Post a Comment