Saturday 1 June 2013

Apabila Jun Menjelma

 Bila Jun dah menjelma maknanya dah sebulan aku bercuti dan menghabiskan masa dirumah serta maknanya dah sebulan jugak PSPM 2 tamat.Kalau siapa student matrikulasi, mereka akan fahamlah macamana Jun ni sangat bermakna. YA!! sangat bermakna.Mana taknya pada bulan Jun ni lah kami akan mengetahui sama ada segala penat lelah kami di matriks sana memberikan hasil yg menggembirakan atau sebaliknya. Haaa aku cuma nak cakap, entah kenapa aku rasa sangat takut sampaikan bila ibu tanya bila result keluar aku cuma cakap "TAK TAHU LAGI" . Hahaha bukan niat nak membohong pon cuma nanti biarlah bila result dah sampai biar aku seorang yg tengok dulu result tuu. Baru aku bagi mereka tengok slip keputusan tu. Walau ape jua sekalipun, keputusan tu baik atau sebaliknya, kita perlu terima dengan tangan yg terbuka. Itu yg terbaik. Sedarlah diri ,bahawa segala perancangan Allah itu yg terbaik bukan? Jadi kita sebagai hamba perlu bersyukur atas segala pemberianNYA.  Baiklah kalau nak cakap berapa target aku? Aku taknak cakap perkara yg buruk buruk. Nauzubillah. Moga dijauhkan. tapi masa jawab tu, memang macam macamlah. Peratus senang tu memang sikit gila. Yang banyak cuma SUSAHLAH, SUSAH GILA, SUSAH GILA NAK MAMPOS,APEBENDA SOALAN NI MENGARUT. YA Rabbbb memang macam tulah situasi dia. Mujur bukan aku sorang yg rasa semua tu. Ramai jugaklah yg buat muka macam "aku tak tauu buat ape ape" lepas habis paper. KIHKIH. memang lah. Okay takpe rakan rakan, Belajar dah, Usaha dah, DOA pun dah, tapii cukup ke tak kita berdoa tu, hanya diri kita sendiri dan Allah sahaja yg mengetahui. yang penting TAWAKKAL!! Innallahama'ana. Perkataan nilah yg selalu budak kelas aku ucapkan kat aku bila aku rasa gundah. Thanks Taqi. 
Baiklah 5 Jun 2013 Moga kau menjadi tarikh yg paling manis buat kami semua pelajar matrikulasi. Ya Allah jadikanlah tarikh ini merupakan tarikh yg mencatatkan kejayaan buat kami pelajar matrikulasi. Aminn. 
Dari kiri Student KMNS,student KMJ,student KMM,dan KMJ Again.

1 comment: