Sunday 9 June 2013

POWERBANK



Asslamualaikum wbt. Harini ini aku nak bercerita sikit tentang powerbank. Hihi. almaklomlah, sebab sejak dua menjak aku buat bisnes tolong sepupu aku menjual powerbank. Alahai. saje je  sebab bosan gila woii duduk ghumah. Saja meniaga dengan niat nak menghilangkan bosan. Untung pon bukan banyak!! Haa okay.
Apa itu powerbank? Hmm powerbank tu adalah satu alat yg kita boleh guna untuk mengecas gadget kita seperti handphone, laptop, mp3 dan kamera, Kan kadang kadang kita pergi travel duduk dalam kereta atau keretapi atau kapal terbang mana nak dapat plug kan kalau kita nak cas smartphone kita yg batteri dia macam haramm. Sekejap je bateri dah lemah. So masa nilah gunanya powerbank. Boleh cas terus je dekat handphone kita. Tak payah nak suis bagai. Senangkan. Tapi sebelum anda nak guna powerbank tu anda kena mengecas powerbank itu sendiri. Lepas anda sudah mengecas powerbank tu, barulah anda boleh guna untuk mengecas smartphone anda seberapa banyak kali mengikut kapasiti powerbank tersebut. Teknologi sekarang mcm mcm kan? Haaa kalau cakap pasal powerbank orang mesti tanya berapa dia punya power atau kapasiti dia. Okayyy. Lepastu org mesti tanya berapa "mAH" . MAH ni  MILIAMPERE PER HOUR. so benda penting kita kena tahu pasal powerbank yg kita nak beli. Aku bagi contoh. Powerbank yg korang nak beli ni 6000 memiliki kapasiti sebanyak 6000 mAH. Lepastu bateri handphone korang memiliki kapasiti sebanyak 1000 mAH. So korang boleh guna powerbank ni untuk mengecas handphone korang sebanyak 6 kali fullcharge. Tapi tak semua handhone yg memiliki kapasiti dia sebanyak 1000 mAH tau. Biasanya handphone samsung seperti SII atau SIII kapasiti dia kadang kadang mencecah 1600 - 2000 mAH. So korang kalau pakai handphone yg besar besar ni sepatutnya belilah POWERBANK yg memiliki 8000 mAH keatas dia punya kapasiti. Barulah korang boleh guna untuk mengecas smartphone korang 3 kali dan keatas. So paham tak?

Saturday 1 June 2013

Apabila Jun Menjelma

 Bila Jun dah menjelma maknanya dah sebulan aku bercuti dan menghabiskan masa dirumah serta maknanya dah sebulan jugak PSPM 2 tamat.Kalau siapa student matrikulasi, mereka akan fahamlah macamana Jun ni sangat bermakna. YA!! sangat bermakna.Mana taknya pada bulan Jun ni lah kami akan mengetahui sama ada segala penat lelah kami di matriks sana memberikan hasil yg menggembirakan atau sebaliknya. Haaa aku cuma nak cakap, entah kenapa aku rasa sangat takut sampaikan bila ibu tanya bila result keluar aku cuma cakap "TAK TAHU LAGI" . Hahaha bukan niat nak membohong pon cuma nanti biarlah bila result dah sampai biar aku seorang yg tengok dulu result tuu. Baru aku bagi mereka tengok slip keputusan tu. Walau ape jua sekalipun, keputusan tu baik atau sebaliknya, kita perlu terima dengan tangan yg terbuka. Itu yg terbaik. Sedarlah diri ,bahawa segala perancangan Allah itu yg terbaik bukan? Jadi kita sebagai hamba perlu bersyukur atas segala pemberianNYA.  Baiklah kalau nak cakap berapa target aku? Aku taknak cakap perkara yg buruk buruk. Nauzubillah. Moga dijauhkan. tapi masa jawab tu, memang macam macamlah. Peratus senang tu memang sikit gila. Yang banyak cuma SUSAHLAH, SUSAH GILA, SUSAH GILA NAK MAMPOS,APEBENDA SOALAN NI MENGARUT. YA Rabbbb memang macam tulah situasi dia. Mujur bukan aku sorang yg rasa semua tu. Ramai jugaklah yg buat muka macam "aku tak tauu buat ape ape" lepas habis paper. KIHKIH. memang lah. Okay takpe rakan rakan, Belajar dah, Usaha dah, DOA pun dah, tapii cukup ke tak kita berdoa tu, hanya diri kita sendiri dan Allah sahaja yg mengetahui. yang penting TAWAKKAL!! Innallahama'ana. Perkataan nilah yg selalu budak kelas aku ucapkan kat aku bila aku rasa gundah. Thanks Taqi.